untuk maklumat lanjut sila Lawat Laman Facebook Kami
Diasaskan oleh En.
Limat bin Jaafar pada tahun
2000 dengan dianggotai oleh tujuh orang ahli percubaan. Pada masa itu, Remaja
Masjid hanya menjadi pembantu dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Namun setelah melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli percubaan ini,
maka pada tanggal 3 Febuari 2001 mesyuarat agung yang pertama bagi melantik
Ahli Jawatankuasa Remaja Masjid telah diadakan di pejabat Masjid Amru Ibni
Al’as.
Dengan
terlantiknya Ahli Jawatankuasa ini, maka secara rasminya Remaja Masjid Amru
Ibni Al’as telah diiktiraf sebagai satu lagi jawatankuasa kecil Masjid Amru
Ibni Al’ass selepas AJK Induk dan Biro Wanita. Ini diperkuatkan lagi apabila
Saudara Abdul Noor Bin Sulaiman telah menjadi wakil remaja yang pertama yang
telah diundang ke mesyuarat bulanan peringkat AJK Induk.
Pada
13 Jun 2001 program pertama Remaja Masjid telah dijalankan. Program yang
dikenali sebagai Program Sehari Bersama Remaja Masjid ini telah disertai
oleh 20 orang anggota Kadet Remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru
Sentul. Program ini telah dijalankan dengan menggunakan sumber kewangan
daripada hasil kutipan yuran keahlian Remaja Masjid dan upah mencuci masjid
pada setiap malam jumaat yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM 75.00. program
ini telah dijalankan secara percuma kepada para peserta.
Para
peserta program ini telah didedahkan kepada ilmu-ilmu mengurus diri dimana
peserta dikehendaki membeli bahan masakan tengahari mengikut selera kumpulan
masing-masing dengan dibekalkan wang tunai sebanyak RM 10.00. Kemudian peserta
dikehendaki untuk memasak sendiri makanan tersebut. Selain itu para peserta
juga telah didedahkan kepada ilmu pertolongan cemas dan ilmu ikthiar hidup.
Walaupun terdapat banyak kekurangan pada program ini, namun telah mendapat
maklum balas yang baik daripada pihak peserta dan AJK Induk masjid. Ini telah
membawa kepada terlaksananya PROGRAM SEHARI BERSAMA REMAJA MASJID SIRI DUA.
Bagi melengkapi kekurangan peralatan mengurus aktiviti yang dijalankan, beberapa orang ahli secara sukarela telah mengeluarkan belanja sendiri yang berjumlah RM 2400.00 untuk membeli peralatan bagi melengkapkan Remaja Masjid agar program yang seterusnya dapat dijalankan dengan lebih sempurna. Kini Remaja Masjid telah dianggotai oleh seramai 25 orang remaja di sekitar Bandar Baru Sentul. Keanggotaan ini diharap akan meningkat pada masa-masa mendatang.