My site

Main | Registration | Login
Saturday, 06.14.2025, 5:02 PM
Welcome Guest | RSS
Site menu
Our poll
Rate my site
Total of answers: 6
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form
Main » 2010 » December » 31 » RAHSIA WAJAH
7:46 AM
RAHSIA WAJAH
Inilah seraut wajah, Inilah rahsia jua hakikat kejelitaan yang pemiliknya sering lupa... Tika hayatnya tersorok dalam balutan daging dan urat darah.. disempurnakan dengan sentuhan 'Rahim' iradah Allah untuk sekadar pinjaman buat perhiasan. Dan inilah wajah... yang dulunya disenangi... Kini, setelah halkumnya bersumbat tanah... Pinjamannya dipersoalkan, menepati janji Allah "Kemudian pasti kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah kamu rasakan di dunia." At Takaatsur: 8

Inikah wajah yang dulunya dirawat saban hari? Ditatap replika di cermin...membungkus rasa bangga dan takjub? Lalu kemudiannya engkau tampilkan setelah sepasang matamu berpalit warna merah ranum bak delima merekah. Agar nanti ada mata yang terlirik pesona tidak ubah bagai hidangan murah yang terdedah.. yang berbayarkan perhatian... dinikmati jilatan mata... maka inikah wajah yang menghalang fitrah rohani untuk berlaku taat menunaikan perintah Allah

Jangan... jangan dikhianati amanat Allah setelah kau nikmati pinjaman-Nya.
 
Jangan kau jadikan sepasang mata yang telah Allah pinjamkan, untuk melihat kehebatan peciptaan-Nya panah syaitan yang menusuk melalui jelingan.

Jangan kau gunakan bibirmu yang telah Allah pinjamkan untuk melafazkan tasbih dan rintih permohonan jerat maksiat di sebalik manisnya senyuman.

Jangan...jangan kau khianati nikmat seraut wajah yang telah Allah pinjamkan untuk kau basahkan dengan titisan wuduk dan derai airmata.. lalu dilabuhkan di atas hamparan sejadah dalam sujud tahajud dan munajat taubat. wadah jatuhnya pandangan haram lelaki ajnabi tercelaka, dek sekelumit kepuasan diri...

Kerana sesungguhnya matanu, bibirmu, masih punya hak untuk mengecapi nikmat syurga. Wajahmu punya hak untuk menatap Wajah Tuhannya. "Wajah-wajah (kaum mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka memandang.... Al Qiamah: 22

Maka, jangan diperhina kemuliaan wajah untuk kau gandingkan dengan rendahnya nafsu yang sememangnya cenderung menderhakai Allah.

Peliharalah wajah dengan keindahan pekerti lantaran wajahmu adalah bayangn peribadi. Yang tersirat di iiwa, dapat dibaca dari airmuka. Hubungkaitnya diungkap dari madah ahli tasauf: "Yang mencacatkan wajah dan menghodohkan rupa adalah akhlak dan kekejian dosa...." dan dihuraikan oleh Imam Ghazali sebagai "Akibat yang lazim apabila rosak batin, menjangkitlah ia kepada rosaknya lahiriah." Maka, selagi jiwa didalangi nafsu, wajah dan hati akan terus berubah mengikut rentak mazmumah.

Dengarkan apakah rahsia keindahan wajah seperti yang dikhabarkan kepada Al Ahnaf bin Kies oleh pemuda rupawan dari Suku Taiyi: "Perhiasan wajahku hanyalah... bila bercakap akau tidak berdusta, jika berjanji tetapiku tepati dan jika diberi amanah tidakku khianati."

Ya, insan yang memelihara hubungannya dengan Tuhan maka Allah hubungkannya sesama manusia dengan kasih sayang; dari limpahan nur Ar Rahman di wajahnya membuatkan memandangnya mendatangkan tenteram, cahaya matanya sinar ketenangan leretan senyumnya membuahkan kemesraan. Wajahnya adalah ukiran akhlak yang mendorong rasa perhambaan.

Renungilah kata-kata Sayidina Ali K.R.M..... "Telahku lihat wajah sahabat-sahabat Nabi, yang kini sudah tidak ada lagi yang menyerupai mereka. Keluar pagi dengan rambut kusut, wajah menguning berdebu dengan mata menbengkak sebesar lutut kambing, kerana semalaman berdiri dan sujud bersembahyang malam seraya membaca kitap Allah dan mempergantikan tapak dan kening di tanah..."

Perbandingkanlah dengan peribadimu untuk seterusnya kenali harga wajahmu. Termampukah? jika tidak cukuplah sekadar; kau tabir ia dengan syariat, perhiaskan dengan malu sepertimana perintah Allah: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya bagi menutup seluruh tubuhnya, yang demikian adalah lebih baik untuk mereka dikenal sebagai wanita yang baik-baik, dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah, Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al - Ahzaab: 39.

Views: 534 | Added by: nizam | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Search
Calendar
«  December 2010  »
Su Mo Tu We Th Fr Sa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031
Entries archive
Site friends
  • Create a free website

  • Copyright MyCorp © 2025 | Create a free website with uCoz