Statistics |
Total online: 1 Guests: 1 Users: 0 |
|
 | |  |
 |
Anak-anak kadangkala mengamuk dan memberontak dengan merebah-rebahkan dirinya ke lantai sambil menjerit-jerit dan menumbuk-numbuk serta menghentak-hentarkan kaki ke lantai. Tindakan kasar itu sebenarnya berpunca daripada marah. Ibu bapa perlu berusaha menjauhkan anak-anak dari sumber utama marah dan sebab-sebab yang menimbulkan marah agar sifat itu tidak terbawa-bawa hingga mereka besar dan mempergaruhi sikap mereka.
Biasanya kanak-kanak akan menangis apabila lapar. Bayi yang berumur setahun ke bawah akan merengek-rengek jika lambat diberi susu. Manakala kanak-kanak yang sudah pandai bercakap, akan mengamuk atau memberontak apabila makanan yang diminta tidak diberikan. Ibu-ibu tidak sepatutnya membiarkan perkara seumpama itu berlaku. Kita perlu mengatur jadual makan minum anak-anak setiap hari. Beri mereka makan pada masa yang ditentukan agar mereka tidak terbiar dengan perut kosong. Anak-anak yang sedang leka bermain
...
Read more »
Views:
794
|
Added by:
nizam
|
Date:
05.16.2011
|
|
Kalau kita kembali kepada sejarah bangsa-bangsa di seluruh dunia pada zaman dahulu, kita akan dapati umumnya kaum wanita dipandang rendah dan hina, boleh diperdagangkan, diseksa dan boleh diperlakukan mengikut sesuka hati. Bangsa Rom purba misalnya menganggap wanita itu umpama najis. Mereka mengikat mulut kaum wanita seperti yang diperlakukan ke atas anjing gila. Bahkan kaum wanita juga tidak dibenarkan berbicara dan ketawa. Sekiranya ada diantara wanita yang membuat kesalahan yang dipandang serius, wanita itu akan decurah dengan air panas menggelegak hingga dia mati. Demikianlah dahsyatnya bangsa Rom purba menindas kaum wanita. Begitu juga dengan bangsa Arab. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita diperlakukan seperti haiwan. Apabila kaum ibu melahirkan anak perempuan, anak perempuan yang baru lahir itu akan ditimbus hidup-hidup tanpa rasa perikemanusiaan. Walaupun tidak semua yang dibunuh, anak perempuan yang terselamat juga menerima nasib yang malang.
...
Read more »
Views:
1674
|
Added by:
nizam
|
Date:
04.21.2011
|
|
Inilah seraut wajah, Inilah rahsia jua hakikat kejelitaan yang pemiliknya sering lupa... Tika hayatnya tersorok dalam balutan daging dan urat darah.. disempurnakan dengan sentuhan 'Rahim' iradah Allah untuk sekadar pinjaman buat perhiasan. Dan inilah wajah... yang dulunya disenangi... Kini, setelah halkumnya bersumbat tanah... Pinjamannya dipersoalkan, menepati janji Allah "Kemudian pasti kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah kamu rasakan di dunia." At Takaatsur: 8
Inikah wajah yang dulunya dirawat saban hari? Ditatap replika di cermin...membungkus rasa bangga dan takjub? Lalu kemudiannya engkau tampilkan setelah sepasang matamu berpalit warna merah ranum bak delima merekah. Agar nanti ada mata yang terlirik pesona tidak ubah bagai hidangan murah yang terdedah.. yang berbayarkan perhatian... dinikmati jilatan mata... maka inikah wajah yang menghalang fitrah rohani untuk berlaku taat menunaikan perintah Allah
...
Read more »
Views:
533
|
Added by:
nizam
|
Date:
12.31.2010
|
|
Anakku! Inilah perjuangan Perjuangan yang ditempuh oleh ayah dan ibumu Dan engkau juga
Perpisahan adalah biasa Asam garam keluarga pejuang Suami tinggalkan isteri Isteri tinggalkan anak-anak Inilah perjuangan
Anakku Kadangkala kerinduan menggigit tangkai hatiku Namun... inilah perjuangan Yang menuntut pergorbanan Kembali ke zaman Rasulullah Ramai anak-anak yang jadi yatim piatu Ada yang ditinggalkan berbulan-bulan Kerana berada di belakang barisan perang Merawat luka-luka tikaman musuh-musuh Allah Menahan darah-darah perjuangan yang berpisah dari tubuh Untuk mujahid teruskan perjuangan
Jangan engkau bersedih hati kerana keseorangn Kasih sayangku berada di celah-celah alur perjuangan Inilah taman permainanmu Bergelangganglah Semoga engkau tidak kekok Bila berada di gelanggang perjuangan yang sebenar Kerana.... Ini duniaku, dunia ayahmu Dan duniamu....
-Mussanna-
Views:
687
|
Added by:
nizam
|
Date:
11.26.2010
|
|
Makin Berjuang Makin Terhina
Nampaknya propaganda Women" Liberation dari barat telah mula berakar umbi dalam pergerakan kaum hawa di negara kita. Slogan-slogan untuk memperjuangkan hak kaum wanita semakin mendapat perhatian dan menjadi isu hangat di kalangan kaum wanita di Timur pula. Perhimpunan demi perhimpunan diadakan untuk memikirkan tentang nasib kaum wanita atau lebih tepat lai ingin mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki.
Sekarang mereka telah berjaya mendapat tempat dan bergelanggang bers
...
Read more »
Views:
479
|
Added by:
nizam
|
Date:
11.14.2010
|
|
Hati insan itu dirobek lagi Tanda tanya menyeliputi dirinya
Tuhan... keluhan hatinya, insan yang dhaif Abuya.... terlintas difikirkan, jasamu abuya Belum tumbuhkan abuya, iman yang dikau semai Belum bertapak lagikah, ianya dalam hati anakmu ini Atau baru saja singgah sebentar lalu ia pergi lagi
Maka hati ini diserang lagi Mazmumah menonjolkan diri
Tuhan... keluhnya lagi, pejuang yang kalah Abuya... kekesalan mula terasa, jasa abuya tidak terbalas bukan salahmu abuya, ilmu sudah dikau beri Betapa mahalnya ia, betapa berharganya ia Setelah kau semai, dikau beri baja Namun malang, rupanya hati ini yang tandus Berlumpur hitam, berasid pula
Abuya... Akan ku cuba tamatkan ketandusan ini Dengan ilmu yang dikau tinggalkan Akan ku basuh lumpur hitam Dengan mujahadah Akan ku neutralkan asid itu Dengan mahmudah
-Dinil Islam- USM 07/09/1989
Views:
467
|
Added by:
nizam
|
Date:
11.10.2010
|
|
Pada permulaan Islam, pengikut-pengikut Islam tidak ramai. Pengikut yang sedikit itu pula terdiri daripada golongan bawahan, iaitu mereka yang tidak mempunyai kuasa dan mereka yang tidak mempunyai peranan dalam masyarakat. Pembesar dan orang-orang yang mempunyai kedudukan ketika itu tidak menaruh minat terhadap Islam. Ulama-ulama dan ahli agama pula merupakan penganut agama Kristian da Yahudi. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al Quran, sebenarnya mereka telah pun mengenal Rasulullah daripada kitab-kitab mereka dan juga dari tanda-tanda kenabian Rasulullah sendiri tetapi masih menolak kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ajaran yang dibawa dan diamalkan oleh Rasulullah dianggap pelik dan ganjil oleh masyarakat. Rasulullah telah dianggap sebagai ahli sihir dan pengikut-pengikutnya dikatakan telah terkena sihir. Rasulullah dan pengikut-pengikutnya telah dihina. Ketika itu Rasulullah banyak menekankan iman pada pengikut-pengikutnya, iaitu memberitah
...
Read more »
Views:
763
|
Added by:
nizam
|
Date:
11.10.2010
|
|
Kancah kehidupan sememangnya mencabar. Manusia bukan sahaja sanggup berhabisan harta benda untuk hidup malah ada yang sanggup korbankan diri demi sekelumit keindahan duniawi. Sewaktu suasana aman ramai yang mengakui kebesaran tuhan tapi bila didatangkan dengan kesusahan, sedikit sekali yang yang mampu bersabar. Sewaktu terhimpit, ada yang mudah hilang pedoman. Ada yang mencari 'jalan mudah' untuk menyelesaikan masalah. Waktu itu bukan sedikit yang telah membelakangkan Tuhan malah ada yang bersikap sebgai Tuhan. Hukum syariat ditinggalkan. Bila sudah terbiasa bergelumang dengan perkara yang bertentangan dengan syariat, manusia jadi lali. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Sehingga ada yang mendakwa segala perlakuannya tidakpun berdosa, tidak bertentangan dengan syariat Tuhan.
Kini manusia seolah-olah mencabar hukum Tuhan dengan berkata kononnya muzik-muzik yang melalaikan itu halal, mencari nafkah dengan 'menjual suara' itu halal. L
...
Read more »
Views:
4176
|
Added by:
nizam
|
Date:
11.08.2010
|
| |  |
 | |  |
|
Calendar |
« June 2025 » |
Su |
Mo |
Tu |
We |
Th |
Fr |
Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
|