KU UNTUKKAN BUKU INI KEPADA
Pejuang-pejuang Islam khususnya anggota jemaah
Aurad Muhammadiah yang sering rindu untuk melihat negara ini dan dunia
ini indah dihiasi dengan kalimah-kalimah Allah. Ingatlah! Pesanan dari
Sayidina Omar ‘Aku lebih takut pada dosa-dosa kamu daripada
musuh-musuhmu, kerana bila kamu berdosa Allah tidak akan menolong kamu
lagi! maka terbiarlah kamu pada musuh-musuhmu.”
Ketahuilah,
kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari musuh hanya dengan cara
menyalah-nyalahkannya.Bangunlah dengan jiwa taqwa, hiaskan dirimu dengan
sinar wahyu dan ingatan-ingatan dari Nabi, lalu kau laksanakanlah Islam
yang kau ingin itu tanpa tunggu-tunggul agi .Kau juallah seluruh
duniamu untuk menjayakan projek itu agar kalau kau mati esok, maka
matimu itu adalah dalam (menjalankan) Islam atau berjuang ke arah itu.
Yakni mati
dalam jihad fisabilillah mati syahid.
Salafus Soleh Umat Contoh
Kawan! Jangan tercari-cari identiti
atau buat identiti sendiri
tanpa melihat sejarah yang lalu
salafus soleh umat contoh
buat siapa saja yang ada cita-cita
apakah sejarah hidup mereka?
solat dan zikir adalah hiburan mereka
bertolong bantu tradisi masyarakat
ukhwah terjalin bagai batu bata
tersusun rapi dengan kebalnya
yang kaya bank masyarakat
para pemerintah payung umatnya
para wanita malunya ketara.
rumah tempat hiburan
bagai panggung wayang di zaman durjana
jihad amalan biasa mereka
mati syahid menjadi cita-cita mereka
berpindah randah mengembangkan Islam hobi mereka
mengenang dosa jiwa menderita
bercucuran air dari mata
di malam hari menjadi ruhban
di siang hari menjadi singa
nikmat yang datang takut menerima
bimbang kalau disalah guna
di samping tersembam muka sujud syukur
kerana malu dengan Tuhannya
pengorbanan mereka bagai air mengalir
tidak putus-putusnya
dunia jadi tunggangan mereka
mereka pacu menuju matlamat
saudara, identiti kita
tak usah cari mana-mana
atau kita reka dengan otak kita
sikap salafus soleh contoh kita setiap masa,
Ashaari Muhammad
Menjelang 1 hb. Muharam 1409