My site

Main | Registration | Login
Saturday, 06.14.2025, 7:55 PM
Welcome Guest | RSS
Site menu
Section categories
My articles [7]
Our poll
Rate my site
Total of answers: 6
Statistics

Total online: 2
Guests: 2
Users: 0
Login form
Main » Articles » My articles

Kenapa Salahkan Musuh
Mana ada satu agama atau ideologi di dunia ini yang mengajar pada penganutnya tentang musuh-musuh mereka serta cara-cara menghadapi musuh-musuh itu secara serius dan begitu terang? Tapi perkara itu ada dalam Islam. Allah S.W.T, kerana sayangnya pada hamba-Nya telah menyempumakan Islam dengan menyatakan pada penganutnya siapa musuh Islam serta apa caranya menghadapi musuh itu. Itulah rahmat dan bukti kasih sayang Allah pada orang mukmin. Sebab bila kita tahu siapa musuh kita dan tahu pula cara menghadapinya bererti separuh dari kemenangan sudah berada dalam tangan kita. Dan ini tidak berlaku pada orang-orang yang tidak kenal musuh atau kalau kenal pun tak tahu cara untuk menghadapinya Cuma sayangnya pejuang-pejuang Islam atau jemaah Islam hari ini nampaknya merupakan orang-orang yang tidak kenal musuh-musuh Allah itu atau kalau pun kenal tapi tidak tahu bagaimana hendak menghadapi musuh-musuh Allah dan Rasul itu.

Hingga kerana itu mereka sentiasa dipermain-mainkan oleh musuh, samada mereka sedar atau tidak. Kalaulah keadaan ini dibiarkan berterusan nescaya perjuangan kita tidak akan sampai pada matlamamya. Hal ini wajiblah disedari oleh jemaah-jemaah Islam semuanya terutama Jemaah Darul Arqam atau Jemaah Aurad Muhammadiah supaya perjuangan kita benar-benar berjalan di atas landasan Islam dan selamat sampai ke destinasinya; yakni apabila musuh-musuh itu dapat dikalahkan. Untuk itu lihatlah kembali kedalam Al Quranul Karim dan Dalam hadis Nabi SAW yang khusus menyatakan tentang musuh orang-orang mukmin. Contohnya firman Allah "sesungguhnya syaitan itu bagi manusia adalah mush yang sangat nyata. - Yusuf : 5

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." - Yusuf : 53

Bersabda pula Rasulullah SAW ketika sedang berjalan pulang dari peperangan Badar: "Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar." "Apakah itu ya Rasulullah?" Tanya para sahabat. "Mujahadatunnafs," yakni melawan hawa nafsu. - Riwayat Baihaqi

Firman Allah: "Sekali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikut cara hidup mereka. - Al Baqarah : 120

Demikianlah nyatanya yang kita ini ada banyak musuh. Bukan saja musuh-musuh lahir yang dapat kita lihat dengan mata tapi juga musuh-musuh batin yang sangat menggoda jiwa. Kedua-dua jenis musuh ini sentiasa mengacau dan menyusahkan umat Islam di setiap waktu tanpa rehat dan tanpa jemu. Nafsu dan syaitan kita tidak rehat, tidak tidur lena kerana ingin merosakkan rasa kehambaan kita serta pengabdian diri pada Allah SWT. Mereka sentiasa bersama-sama kita pada setiap detik dan pada setiap tempat walaudalam apa suasana sekalipun waktu aman, waktu huru-hara, waktu menang atau waktu kalah. Demikianlah juga halnya dengan musuh lahir, tidak pernah jemu untuk terus merosakkan cara hidup Islam yang kita amalkan. Seterusnya Allah SWT dan Rasul-Nya SAW menceritakan juga tentang bagaimana caranya musuh-musuh itu menjalankan rancangan-rancangan jahat itu. Niat hati mereka pun diberitahu, begitu juga dengan usaha-usaha lahiriah mereka. Semuanya telah terkandung dalam Al Quran dan hadis Nabi SAW.

Kita umat Islam khususnya pejuang-pejuang Islam atau jemaah Islam disuruh bijak menghadapinya. Musuh sudah diketahui, kerja musuh pun sudah diberitahu cuma kita diminta bertindak dengan sebaik-baiknya untuk menggagalkan hasrat buruk musuh itu. Namun begitu hanya sedikit dari kita yang berjaya dalam percubaan tersebtu. Umumnya umat Islam hari ini telah dan sedang ditipu, diperdaya dan diperkotak-katikkan sesuka hati oleh musuh. Dalam apa jua bidang pun umat Islam terpaksa ikut kata musuh. Kata-kata umat Islam tidak laku, bagai angin yang keluar dari mulut dan hilang begitu saja. Bahkan kadang-kadang ditertawakan dan dipermainkan. Umat Islam hidup betul-betul sebagai agen musuh untuk menjayakan dasar pelajaran sekular, ekonomi riba, politik dan demokrasi pilihanraya yang kotor, sosial lucah, mass media karut, budaya liar, akhlak buruk dan lain-lain sistem hidup barat yang sangat bertentangan dengan syariat Islam dan sunnah Nabi. Pejuang Islam sendiri yang konon cintakan Islam bahakan memperjuangkannya, pun masih terlibat dan terikut-ikut dengan seluruh hidup barat itu. Sudah berpuluh-puluh tahun pejuang Islam kedengaran mencerca sistem pendidikan sekular: tapi hingga hari ini mana ada sekolah yang benar-benar menjalankan sistem pendidikan dan pembelajaran Islam? Ada juga sekolah Islam kecil-kecilan dibangunkan tetapi pemimpinnya pun tidak hantar anak mereka ke situ. Tidak yakin dengan sekolah sendiri tapi lebih yakin pada sekolah sekular. Walhal sekolah sekular itulah bahan cerca. Begitulah kelirunya jemaah pejuang-pejuang Islam kita, termasuk juga pemimpin-pemimpinnya.

Kenapa ini semua mesti berlaku? Bukankah panduan sudah ada?, Yang mana kalau panduan itu diikuti benar-benar, bukan saja jemaah Islam selamat dan lebih berjaya dari musuhnya bahkan musuh akan serah diri pada Islam. Bukankah generasi salafus soleh sudah membuktikan ini? Iaitu mereka telah tundukkan 2/3 dunia kepada Islam hanya bersenjatakan Al Quran dan hadis? Kesilapannya ialah kita tidak betul-betul merujuk pada Quran dan hadis dalam setiap aspek atau masalah hidup kita. Sinar wahyu dan berkat lidah Nabi, kalau benar-benar kita ambil sebagai panduan hidup dan dasar perjuangan kita, tentu akan memberikan kita kekuatan luar biasa yang mampu melemahkan kekuatan nuklier, kekuatan ekonomi dan kebijaksanaan manusia sedunia. Ini mesti berlaku, bahkan wajib berlaku. Sebab Allah tidak pernah mungkir janji. Firman Allah "Sesungguhnya Allah pembela orang-orang yang bertaqwa." - Jasiyyah : 19

Apakah ada suatu kuasa yang lebih gagah dari kuasa Allah? Tentu tidak ada. Tapi kenapa perjuangan Islam masih tetap di takat lama? Bukan saja tidak dapat negara Islam, sebuah kedai Islam pun belum ada! Hingga jual beli pun masih terus menerus dalam riba, syubhat dan haram. Demikian juga sistem pendidikan, sosial, perubatan dan politik, semuanya bukan Islam. Bukankah ini satu hal yang sungguh malang? Sebab kita melakukan dosa secara tetap dan terus menerus. Apakah para jemaah pejuang Islam merasa tidak apa-apa dengan hal ini? Relaberada dalam kemurkaan Allah? Atau masih mahu terus mencari alasan itu dan ini untuk mengelirukan orang ramai bahawa hal demikian tidak dimurkai oleh Allah SWT; atau masih mahu menyalahkan musuh kerana tidak memberi peluang pada kita menegakkan Islam dalam keluaraga, jemaah dan negara umumnya dunia?

Walau apa pun alasannya, saya percaya semuanya tidak akan menguntungkan jemaah Islam itu. Selagi kita berdolak dalik, tidak jujur dengan Allah terhadap tanggungjawab yang diamanahkan pada kita, selagi itulah Allah akan biarkan kita dan serahkan pada musuh. Tutup-tutuplah kesilapan kita itu, nescaya Allah akan buka dan dedahkan satu persatu. Dan masyarakat akan dapat menyaksikan ini secara terbuka dan menilainya dengan adil. Mana boleh bangunkan negara Islam kalau persediaannya tidak ada! Ya, perlembagaan bolehlah tetapi tidak dengan manusia-manusianya. Bila fikiran dan hati manusia tidak dapat diIslamkan secara rela dan insaf, maka perlembagaan itu hanya tinggal di kertas tapi tidak menjadi cara hidup, budaya dan tamadun bangsa itu. Kalau begitu untuk apa negara Islam? Lagi-lagi salahkan musuh. Yakni salahkan orang-orang yang menentang perjuangan Islam. Kenapa? Mengapa musuh yang disalahkan? Sebab bukan musuh yang salah. Musuh memang sengaja Allah takdirkan untuk menghalang kita. Jadi, andainya dia dapat menghalang kita bukanlah dia yang salah, tetapi kita yang cuai, yang lemah, yang suka menyorok-nyorokkan kelemahan, yang tidak sungguh-sungguh berjuang hingga kerana itu tewas di tangan musuh. Hingga musuh terus menerus menguasai kita dan kita terus menerus tidak dapat mematahkan serangan mereka.

Ujian yang didatangkan musuh tidak boleh dijadikan alasan atas kegagalan perjuangan kita. Siapa yang berkata begitu ertinya orang itu tidak faham tentang ujian yang Allah takdirkan melalui musuh itu. Sedangkan dalam Quran dan hadis jelas diceritakan kenapa musuh itu dijadikan. Kenapa ujian dari mereka itu dibenarkan? Kalau kita faham tentu kita tidak jadi begini! Tentu sudah lama musuh akan masuk Islam dan berjuang bersama kita. Kalau tidak pun begitu, tentu sudah lama kita menang dan berjaya dalam perjuangan membangunkan Islam di atas runtuhan jahiliah. Maka kalau itu tidak berlaku, silapnya ialah kita yang tidak betul mengamalkan Al Quran. Kita lebih suka menggunakan fikiran kita daripada ajaran Quran. Itulah silapnya kita. Disamping sebab-sebab lain seperti kita sudah terpengaruh dengan nikmat dunia, dengan pangkat, mata benda dan lain-lain. Bila jiwa sudah cinta dunia dan takut mati maka urusan akhirat diabaikan . Walaupun musuh berada di depan mata, namun itu tidak sedikitpun mencabar kita sebab rasa permusuhan itu sudah dibungkus oleh rasa cinta dunia tadi.

Kalau begitu kenapa salahkan musuh? Musuh kalahkan kita, kecewakan harapan kita, kita jadi terhina dan ternoda, dikuasai dan diperkosa hingga lemahlah kita di bawah kegagahan mereka. Itu bukan salah musuh. Tapi salah kita kerana kita tidak lawan musuh betul-betul. Hanya cakap-cakap, marah-marah, kutuk-kutuk, memekik-mekik dan mengata-ngatakan musuh. Munasabahkah kita mengajak harimau bekerjasama dengan kita supaya jangan makan kambing kita? Dan takutkah harimau kalau kita marah dan salahkan dia? Tentu tidak. Kalau begitu mengapa kita berdiam diri lagi? Mengapa tunggu musuh bangunkan apa yang kita ingin bangunkan? Dan mengapa tunggu musuh bantu kita? Mustahil! Tapi itulah yang berlaku sekarang. Jemaah Islam hendak tunggu musuh serahkan negara untuk mereka. Bila dapat nanti terus hendak diIslamkan Malaysia ini dan seterusnya dunia. Walhal Rasulullah hendak Islamkan sahabat-sahabatnya pun mengambil masa 13 tahun. Hendak Islamkan Madinah 10 tahun. Walhal penduduk Madinah tidak seperti punduduk Malaysia. Rasulullah bangunkan Madinah bersama sahabat-sahabat Ansar dan Muhajirin yang sudah cintakan Allah dan Rasulullah dan juga cintakan syariat Isalam. Tapi di Malaysia, anggota jemaah Islam pun belum ghairah dengan sistem Islam. Masalah aurat dan nikah kahwin pun tak selesai lagi. Apalagi yang tidak ikut jemaah atau harakah Islamiah: tentu lebih jauh lagi. Habis bagaimana boleh kita beria-ia hendak Islamkan Malaysia dalam keadaan kita tidak bersedia? Itu angan-angan kosong namanya. Bolehlah jadi bahan bual tapi untuk wujud dalam bentuk praktikal, tidak lojik. Dalam keadaan jemaah serba kurang, serba lemah, yang bila buntu fikiran hingga sanggup korban prinsip untuk bekerjasama dengan musuh (walhal sebelum ini, siapa sokong musuh dituduh 'alat' dan haram beri kerjasama) tapi bila terdesak, dasar perjuangan dikorbankan. Marahkan orang bekerjasama dengan orang kafir, tapi bila terdesak kita buat-buat lupa. Tiba-tiba mengaku ingin tegakkan negara Islam! Ajaib. Bagaimana Islam boleh ditegak dalam negara padahal rumahtangga dan jemaah sendiri pun belum Islam.

Perjuangan Islam sebenarnya memperjuangkan keseluruhan isi Al Quran dan Sunnah. Bukannya sebahagian-sebahagian. Bila diambil semuanya InsyaAllah, sejarah akan berulang di akhir zaman nanti seperti zaman salafus soleh. Bukan Malaysia saja Islam bahkan 2/3 dunia akan turut Islam (seperti di zaman sahabat). Saya harap Jemaah Islam seluruh dunia khususnya Jemaah Darul Arqam (Jemaah Aurad Muhammadiah) ambil perhatian tentang hal ini, supaya kita dibela oleh Allah.
Category: My articles | Added by: nizam (11.12.2010)
Views: 598 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Search
Site friends
  • Create a free website

  • Copyright MyCorp © 2025 | Create a free website with uCoz