Dengan kehendak Allah saya yang dhaif ini telah bermusafir (hampir) ke seluruh dunia khusus untuk menyaksikan jemaah-jemaah Islam yang sedang bergerak di tiap-tiap negara di sana. Di samping itu dapatlah juga saya perkenalkan Darul Arqam (Jemaah Muhammadiah) kepada dunia. Antara negara-negara yang telah saya tinjau, yang setengahnya telah lebih 10 kali, untuk mengisi program dakwah dan ziarah di sana ialah Amerika Syarikat, England, New Zealand, Australia, Sepanyol, Kuwait, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Maghribi, Tunisia, Turki, Syria, Iraq, Iran, Pakistan, Sri Lanka, Jepun, Brunei, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Singapura dan paling lama di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Serawak.
Telah saya saksikan dengan mata kepala sendiri, dengan mendapat penerangan langsung dari penggerak-penggerak Islam di sana atau melalui risalah-risalah yang mereka berikan, mengenai badan-badan Islam dan aktiviti-aktivitinya di tiap-tiap negara di atas. Maka fahamlah saya masalah-masalah pejuang Islam akhir zaman ini dan dari situ nampaklah oleh saya punca-punca timbulnya masalah itu serta jalan-jalan penyelesaiannya, Insya Allah.
Di sini ingin saya katakan bahawa persoalan ini juga adalah sama dengan persoalan yang dihadapi oleh jemaah-jemaah Islam di Malaysia termasuk jemaah pimpinan saya, Darul Arqam. Biarlah perbincangan ini lebih ditumpukan kepada kita di Malaysia kerana saya dilahirkan dan dibesarkan. Di antara masalah-masalahnya ialah
Akhlak para pejuang jauh menyimpang dari akhlak Islam, akhlak Rasulullah. Walhal akhlak itulah nilai diri untuk membuatkan manusia jatuh hati dengan kita. Sedangkan akhlak buruk umpama najis yang mana semua manusia menolaknya. Pejuang Islam terkenal dengan watak pemarah, tamak, haloba, bakhil, suka mengumpat, sombong, angkuh, memandang rendah pada orang bawah, tidak bergaul kalau bukan setaraf, menghina-hina orang, menuduh=nuduh, suka bertengkar dan menyinggung perasaan orang tidak akui kebaikan orang lain, seolah-olah kita sahaja yang baik. Oleh sebab itulah ukhwah sesama sendiri pun longgar malah berkecai.
Dalam hal mencari rezeki, kita masih mengutamakan rezeki yang banyak, tanpa menghalusi soal-soal syubhat atau haram, riba dan lain-lain.
Pemimpin-pemimpin tidak bersungguh-sungguh memimpin dan mendidik ahli dan membiarkan mereka dengan cara hidup dan kehidupan sendiri. Tidak dikawal dengan disiplin syariat serta tidak difikirkan kebajikan ahli. Apa yang dititik beratkan sangat ialah ceramah politik dan menanam semangat yang berapi-api (panas) untuk Islamkan Malaysia, yakni hendak potong tangan pencuri dan hendak rejam penzina dan hendak hentikan kejahatan kerajaan. Maka orang ramai pun marah dengan kerajaan bahkan dianggap musuh. Walhal mungkin ada yang dituduh kafir itu sembahyangnya lebih baik dari yang menuduh. Mungkin yang dituduh tidak kuat mengumpat macam yang menuduh. Dalam pada itu kehidupan pemimpin tidak memberi contoh yang baik pada pengikut dan segi pengamalan Islamnya. Sebab itu hubungan pengikut dan pemimpin longgar. Tiada kasih sayang sejati antara mereka. Pautan hati hanya kerana mereka sanggup mengundi di waktu pilihanraya.
Kaum ibu, para isteri yang kononya menjadi tiang negara, tiang jemaah, penegak perjuangan fisabilillah, tetapi urusan dalam rumah pun belum dapat diselesaikan mengikut syariat Allah. Taat pada suami dengan erti kata menyerah diri bulat-bulat terhadap arahan suami dan kehendak suami, tidak berlaku. Sebaliknya mereka pula yang hendak ajar suami.. Bertengkar dengan suami hingga mencacatkan hati suami menjadi perkara biasa. Layan suami atau bermanis muka dengan suami ikut 'mood' saja. Sewaktu dia berselera, dia layanlah. Tetapi kalau dia tidak suka jenuhlah suami memujuk rayu, ditengkingnya suami! Apalagi kalau isteri itu taukeh atau boss atau pekerja luar rumah seperti guru atau keani, masyaAllah! Srikandi setiap hari membina neraka dalam rumahnya. Poligami jangan disebut! Rumah pun mahu dibakarnya nanti. Suruh berhenti kerja pun dia melatah dan melenting. Kenapa saudari lebih suka bekerja di luar rumah sedangkan di rumahlah gelanggang perjuangan wanita solehah. Itulah kehendak Allah. Mana bukti yang saudari cintakan Allah dan Rasulullah serta cintakan tertegaknya hukum Allah? Nampaknya saudari gilakan dunia hingga lupakan akhirat yang indah. Saudari ikutkan nafsu hingga lupa pada perintah Allah.
Kalau ini semua tidak dapat dibuang dari diri, usah fikirlah untuk selamatkan negara Malaysia, diri saudari pun belum selamat. Apa dirisau kerajaan tidak menjalankan Islam sedangkan kekejaman kita dalam rumah sendiri dan terhadap suami lebih dari itu. Kalau saudari tidak bertaubat jangan fikir Allah akan selamatkan saudari dari nerakaNya. Sudahkah saudari selesaikan empat perkara penting ini: Sembahyang, puasa, menjaga maruah dan taat suami? Ingatlah sabda Rasulullah: "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya, maka dipersilakan dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana saja yang disukainya. (Riwayat Ahmad)
Itulah perjuangan saudari yang utama. Yakni cuba mencontohi isteri-isteri Rasulullah dan salafussoleh dalam ibadah mereka akhlak mereka, pengorbanan mereka hingga sanggup dimadukan, layanan dan ketaatan pada suami hinggakan suami merasa dia ada syurga di dunia dengan bidadari-bidadari dunia yang membelainya penuh cinta. Itulah upah untuk suami terhadap jihad dan pengorbanannay di jalan Allah, di dunia. Manakala di akhirat, Allah akan serahkan syurga pada saudari, suami isteri. Pengorbanan bagai Siti Khadijah, habis dilabur hartanya untuk jihad fisabilillah. Itulah kesilapan peribadi kita. Kesilapan yang kita buat terhadap Allah SWT yang menyebabkan Allah murka dan benci pada kita. Sebab itu pertolongan Allah tidak tiba-tiba. Tapi pelik dan kasihan sekali, kita pejuang Islam tidak sedar dan tidak mahu akui kesilapan ini. Seolah-olah itu bukan hukum Allah. Seolah-olah itu bukan dosa. Sebab itulah kita terus-menerus dari dulu hingga sekarang menghina orang lain sebagai taghut. Terutamanya orang yang tidak bertempik dan berslogan seperti kita yang kononnya hendak tegakkan negara Islam.
Itulah kesilapan peribadi kita. Kesilapan yang kita buat terhadap Allah SWT yang menyebabkan Allah murka dan benci pada kita. Sebab itu pertolongan Allah tidak tiba-tiba. Tapi pelik dan kasihan sekali. Kita pejuang Islam tidak sedar dan tidak mahu akui kesilapan ini. Seolah-olah itu bukan hukum Allah. Seolah-olah itu bukan dosa dan bukan taghut. Sebab itulah kita terus-menerus dari dulu hingga sekarang
|