My site

Main | Registration | Login
Saturday, 06.14.2025, 5:15 PM
Welcome Guest | RSS
Site menu
Our poll
Rate my site
Total of answers: 6
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form
Main » 2010 » November » 10 » Islam Agama Dagang
6:34 AM
Islam Agama Dagang
Pada permulaan Islam, pengikut-pengikut Islam tidak ramai. Pengikut yang sedikit itu pula terdiri daripada golongan bawahan, iaitu mereka yang tidak mempunyai kuasa dan mereka yang tidak mempunyai peranan dalam masyarakat. Pembesar dan orang-orang yang mempunyai kedudukan ketika itu tidak menaruh minat terhadap Islam. Ulama-ulama dan ahli agama pula merupakan penganut agama Kristian da Yahudi. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al Quran, sebenarnya mereka telah pun mengenal Rasulullah daripada kitab-kitab mereka dan juga dari tanda-tanda kenabian Rasulullah sendiri tetapi masih menolak kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ajaran yang dibawa dan diamalkan oleh Rasulullah dianggap pelik dan ganjil oleh masyarakat. Rasulullah telah dianggap sebagai ahli sihir dan pengikut-pengikutnya dikatakan telah terkena sihir. Rasulullah dan pengikut-pengikutnya telah dihina.

Ketika itu Rasulullah banyak menekankan iman pada pengikut-pengikutnya, iaitu memberitahu mereka soal-soala akhirat, adanya hari kemudian, hukuman neraka dan sebagainya. Rasulullah meyakinkan mereka tentang hari akhirat untuk menguatkan iman para pengikut ketika berhadapan dengan segala bentuk ujian. Masyarakat ketika itu hidup dalam kekufuran dan ingkar pada Allah. Walaupun ujian datang dalam berbagai-bagai bentuk, namun iman semakin menebal di hati umat Islam. Ini disebabkan, Rasulullah telah mendidik pengikut-pengikutnya supaya cintakan hari akhirat, mencintai syurga, takutkan neraka Allah dan sebagainaya. Didikan Rasulullah itu telah menyebabkan mereka tidak bimbang dengan penderitaan yang ditanggung. Rasulullah tidak bertindak melawan kembali atau menyerang golongan yang menentang mereka. Umat Islam yang didapati tidak tahan dengan ujian-ujian yang datang ketika itu, menyebabkan Rasulullah membawa pengikutnya berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali.

Suasana pada zaman Rasulullah itu berlaku pada itu berlaku pada zaman ini. Suasana masyarakat di sekeliling kita dapat menggambarkan Islam telah kembali sebagaimana mulanya. Sungguhpun ramai yang mengaku Islam tetapi yang mahu membangunkan Islam amat sedikit. Penganut-penganut Islam sendiri tidak bangga kerana beragama Islam. Malah malu untuk mengaku Islam apalagi untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Sebabnya, Islam dikatakan sebagai agama yang kolot, mundur, anti pembangunan, menyekat kebebasan, ketinggalan zaman dan lain-lain. Kalau ada pun ajaran Islam yang diamalkan, ia tertumpu kepada perkara-perkara yang tiada kaitan dengan urusan kehidupan dunia dan kemasyarakatan. Urusan dunia dan urusan akhirat seolah-olah tiada kaitan. Mereka takut untuk fanatik pada agama dan takut untuk menjadi orang yang serius beragma.

Oleh itu, untuk menenuhi tuntutan hidup, umat Islam keluar dari Islam dan mencari peraturan yang sesuai dengan nafsu mereka. Mencari undang-undang dan peraturan lain yang dianggap sesuai dengan peredaran zaman. Islam langsung tidak ada tempat dalam kehidupan mereka. Orang yang bersungguh-sungguh mahu menghayati dan mengamalkan Islam hanya merupakan golongan sederhana dan yang tidak mempunyai kuasa. Jika ada dari golongan ulama dan cerdik pandai pun, bilangannya amat kecil dan tidak begitu menonjol. Ajaran Islam dikatakn ganjil oleh masyarakat Islam sendiri. Ia seolah-olah ajaran yang salah atau sesuatu yang baru yang berbeza dari amalan dan kebiasaan masyarakat sekeliling sebelumnya. Masyarakat Islam sendiri yang menolak kerana terikat dengan Islam tradisi yakni Islam warisan.

Anggapan mengatkan bahawa membawa agama salah itu, samalah seperti orang Quraisy yang mengatakan Rasulullah SAW membawa agama salah. Mereka sebenarnya mengukur kebenaran itu berdasarkan apa yang diwarisi dari datuk nenek mereka. Sebabnya, mereka melihat datuk nenek mereka memperjuangkan Islam dengan cara yang pasif dan ketinggalan zaman. Keganjilan dan perbezaan ini menyebabkan umat Islam difitnah dan dianggap sebagai pemecah-belah ukhwah, penjenayah dan sebagainya. Orang yang tidak faham akan sentiasa memandang serong. Menegakkan syariat dirasakan begitu asing di tengah-tengah kejahilan umat Islam. Dalam hal ini Rasulullah telah bersabda dengan maksudnya: "Sesungguhnya agama Islam itu pada mulanya dalam keadaan asing dan akan kembali asing pula sebagaimana pada mulanya. Maka berbahagialah orang yang asing itu. Rasulullah ditanya orang, "Siapakah orang yang asing itu?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang menghidupkan Sunnahku yang mana telah dimatikan oleh manusia." - Riwayat Muslim dan Ibnu Majah.

Ternyata hari ini, Sunnah Rasulullah tidak lagi diamalkan oleh sebilangan besar umat Islam. Sebenarnya, ia menjadi tanggungjawab kita semua yang mengaku sebagai umat Islam untuk menegakkannya. Orang yang berjuang menegakkan Sunnah inilah yang dikatakan 'asing' oleh Rasulullah SAW dan golongan ini amat kecil bilangannya. Kadang-kadang dalam masa kita hendak menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan seterusnya, kita rasa keseorangan. Kita juga akan merasa tersisih daripada masyarakat malah mungkin akan mendapat ujian yang lebih berat dari itu. Keluarga akan menentang, saudara-mara akan memulau dan sahabat-sahabat mula menjauhkan diri. Meskipun akan menempuh ujian berat, namun ganjaran pahalanya besar sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: 'Barangsiapa yang berpegang dengan Sunnahku ketika rosak umatku, baginya pahala 100 orang mati syahid."
"akan melalaikan kamu dengan dua kemabukan; kemabukan cinta jahil dan kemabukan cintakan hidup. Waktu itu kamu tidak akan menyeru pada kebaikan dan tidak mencegah orang daripada berbuat mungkar."

Orang yang menegakkan Al Quran dan Sunnah ketika ini dianggap sebagaimana para Mujahidin dan Ansar. Mereka sanggup berhabisan dan berkorban apa saja dalam usaha menegakkan Al Quran dan Sunnah. Hanya orang yang mengenal ketinggian Islam sahaja yang dapat mengambil dan melaksanakan Islam itu pada diri dan memperjuangkannya. Sekiranya kita ingin mengamalkan Islam melalui politik ataupun setelah mendapat negara, ini merupakan perkara yang sukar. Jika menunggu setelah mendapat negara Islam, baru mahu mengamalkan Islam, tentulah mengambil masa yang lebih lama atau mungkin juga tidak sempat. Walhal umat Islam masih boleh menegakkan syariat tanpa memperolehi negara Islam terlebih dahulu. Sebab pada zaman Rasulullah dan para sahabat pun, mereka mengamalkan Islam dengan tidak menunggu dapatnya negara Islam. Mereka bangunkan juga Islam dan bersungguh-sungguh menegakkan hukum-hakam Allah.

Walaupun tidak dapat mengubah corak pemerintahan kepada Islam, namun kita mesti mencuba dan berusaha menegakkan syariat dalam masyarakat. Sekurang-kurangnya dapat menyedarkan dan mengubah orang ramai daripada tidak bersembahyang kepada bersembahayang, daripada mendedah aurat kepada menutup aurat, daripada terlibat dengan riba kepada meninggalkannya, daripada pergaulan bebas kepada pergaulan terbatas dan seterusnya. Untuk memperjuangkan Islam, umat Islam memerlukan toifah. Dan selagi ada toifah yang memperkatakan dan mengamalkan sesuatu yang baik, aqidah akan selamat walupun ramai yang menentang. Untuk berjuang, kita hendaklah memahami sejarah sebagaimana yang telah Rasulullah alami. Sebab, walau sehebat mana pun perjuangan seseorang itu terhadap Islam, jika tidak menurut Sunnah ia akan rugi dunia akhirat. Oleh itu sejarah perlu difahami selain Al Quran dan Sunnah.


ALMARHUM USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
Views: 764 | Added by: nizam | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Search
Calendar
«  November 2010  »
Su Mo Tu We Th Fr Sa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930
Entries archive
Site friends
  • Create a free website

  • Copyright MyCorp © 2025 | Create a free website with uCoz