My site

Main | Registration | Login
Sunday, 06.15.2025, 6:58 AM
Welcome Guest | RSS
Site menu
Our poll
Rate my site
Total of answers: 6
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form
Main » 2010 » November » 10
Hati insan itu dirobek lagi
Tanda tanya menyeliputi dirinya

Tuhan... keluhan hatinya, insan yang dhaif
Abuya.... terlintas difikirkan, jasamu abuya
Belum tumbuhkan abuya, iman yang dikau semai
Belum bertapak lagikah, ianya dalam hati anakmu ini
Atau baru saja singgah sebentar lalu ia pergi lagi

Maka hati ini diserang lagi
Mazmumah menonjolkan diri

Tuhan... keluhnya lagi, pejuang yang kalah
Abuya... kekesalan mula terasa, jasa abuya tidak terbalas
bukan salahmu abuya, ilmu sudah dikau beri
Betapa mahalnya ia, betapa berharganya ia
Setelah kau semai, dikau beri baja
Namun malang, rupanya hati ini yang tandus
Berlumpur hitam, berasid pula

Abuya...
Akan ku cuba tamatkan ketandusan ini
Dengan ilmu yang dikau tinggalkan
Akan ku basuh lumpur hitam
Dengan mujahadah
Akan ku neutralkan asid itu
Dengan mahmudah

-Dinil Islam-
USM
07/09/1989
Views: 468 | Added by: nizam | Date: 11.10.2010 | Comments (0)

Pada permulaan Islam, pengikut-pengikut Islam tidak ramai. Pengikut yang sedikit itu pula terdiri daripada golongan bawahan, iaitu mereka yang tidak mempunyai kuasa dan mereka yang tidak mempunyai peranan dalam masyarakat. Pembesar dan orang-orang yang mempunyai kedudukan ketika itu tidak menaruh minat terhadap Islam. Ulama-ulama dan ahli agama pula merupakan penganut agama Kristian da Yahudi. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al Quran, sebenarnya mereka telah pun mengenal Rasulullah daripada kitab-kitab mereka dan juga dari tanda-tanda kenabian Rasulullah sendiri tetapi masih menolak kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ajaran yang dibawa dan diamalkan oleh Rasulullah dianggap pelik dan ganjil oleh masyarakat. Rasulullah telah dianggap sebagai ahli sihir dan pengikut-pengikutnya dikatakan telah terkena sihir. Rasulullah dan pengikut-pengikutnya telah dihina.

Ketika itu Rasulullah banyak menekankan iman pada pengikut-pengikutnya, iaitu memberitah ... Read more »
Views: 764 | Added by: nizam | Date: 11.10.2010 | Comments (0)

Search
Calendar
«  November 2010  »
Su Mo Tu We Th Fr Sa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930
Entries archive
Site friends
  • Create a free website

  • Copyright MyCorp © 2025 | Create a free website with uCoz