Kalau kita kembali kepada sejarah bangsa-bangsa di seluruh dunia pada zaman dahulu, kita akan dapati umumnya kaum wanita dipandang rendah dan hina, boleh diperdagangkan, diseksa dan boleh diperlakukan mengikut sesuka hati. Bangsa Rom purba misalnya menganggap wanita itu umpama najis. Mereka mengikat mulut kaum wanita seperti yang diperlakukan ke atas anjing gila. Bahkan kaum wanita juga tidak dibenarkan berbicara dan ketawa. Sekiranya ada diantara wanita yang membuat kesalahan yang dipandang serius, wanita itu akan decurah dengan air panas menggelegak hingga dia mati. Demikianlah dahsyatnya bangsa Rom purba menindas kaum wanita.
Begitu juga dengan bangsa Arab. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita diperlakukan seperti haiwan. Apabila kaum ibu melahirkan anak perempuan, anak perempuan yang baru lahir itu akan ditimbus hidup-hidup tanpa rasa perikemanusiaan. Walaupun tidak semua yang dibunuh, anak perempuan yang terselamat juga menerima nasib yang malang.
...
Read more »